Royal Black
Say something here.
*replace this with your text *
Tagboard code here



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: ______

Menanti Cinta ke Titian Jannah.
Thursday, 22 November 2012 | 09:43 | 0 comments
Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatu!

Hari ni post aku bukanlah mengenai aku tetapi mengenai seseorang yang sudah aku anggap sebagai keluarga aku sendiri meskipun dia bukan dtg drpd darah daging aku. Cerita ini merupakan kisah benar tentang seorang gadis yang bernama Wirdatul Syamira. Dia merupakan cikgu yang mengajar aku dan kawan-kawan sekelas iaitu 4 Science 2 pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Aku berharap cerita ini dapat memberi pengajaran buat kita semua. InsyaAllah. Selamat membaca Semua! <3

Wirdatul Syamira,


Kerana aku juga punya hati..

Masih segar diingatanku saat jari ini disaduri inai. Dengan perlahan abi membisikkan satu ungkapan buatku..

"Tahniah anakku, berbahagialah dikau.."

   Terpancar kegembiraan di wajah mereka. Dan dengan perlahan dua bentuk cicin tersemat di hari nan mulus ini. Malah cicin ini merupakan tanda aku sudah dimiliki, menandakan aku sudah dirisik sekaligus menjadi tunangan orang oleh seorang insan yang aku sudah anggap sebagai jodohku. Saat itu termetrai sudah ikatan pertunangan kita. Dengan setia aku menantikan saat aku diangkat menjadi isterimu yang halal. Namun, saat itu juga kau telah memungkirinya. Kau yang memilihku pada awal cerita kita namun kau juga yang menyakiti aku pada pengakhiranya. Tanpa sebarang kata, tanpa sepatah ucapan kau membisu. Membisu sehingga aku sendiri terpaksa mengambil kata pututs. Kata putus yang akan menyenangkan hati kedua belah pihak. Begitu mudah kau pergi tanpa kata, meninggalkan aku bertemankan airmata dalam setiap sujudku. Saat itu juga ku memohon pada KEKASIH ku.. Bermohon agar aku kuat menghadapi ujian yang KAU tinggalkan ke atas diriku ini. Terima kasih tidak terhingga.. kerana KAU.. aku kini kian kuat menghadapi ujian yang lebih hebat.
               Aku tutup pintu hatiku buat insan bernama LELAKI. Tutup serapat-rapatnya. Namun siapalah aku untuk menentang takdir Ilahi. Berbekalkan pengalaman yang lepas, aku semakin berwaspada dalam menerima kedatangan insan yang bernama lelaki dalam kehidupan ini. Berkenalan rapat dengan seorang lelaki. Yang aku kira baik budi pekerti dan tutur bicaranya. Lelaki yang amat mencintai aku, menerima apa adanya aku. Namun begitu, aku hanya mampu menyayanginya tanpa meletakkannya jauh di dalam sanubari. Bertahan hanya kerana JODOH yang meminta aku bertahan saat itu. Namun terlerai di tengah jalan tanpa sebarang ikatan yang sah. Hanya pernah bergelar tunangannya mengikut pandangan ISLAM. Alhamdulillah, tiada apa yang aku kesalkan Tiada apa untuk aku tangiskan saat itu kerana.. dia bukan JODOHku.

           Pada masa yang sama, seseorang insan yang sudah aku kira sekian lama menunggu jawapan dariku. Ye dari dulu lagi. Saat aku bersama insan lain, dia menanti dengan seribu harapan yang tinggi. Suatu hari nanti aku akan menerimanya. SubhanAllah, Alhamdulillah.. Aku sememangnya tidak pernah memilih dan cerewet tentang memilih pasangan hidup. Aku punya dua pilihan tatkala itu. Aku ajukan dua insan yang baik budi pekertinya Allahurabbi kepada bonda dan ayahanda. Sebagai tempat rujukan buat para anak gadis. Alhamdulilah bonda memilih seorang lelaki yang sudah bekerjaya.

Kata bonda,
"Dia punya masa depan dan insyaAllah kau akan berbahagia dengannya. Sedangkan calon seorang lagi masih bergelar 'pelajar' mana mungkin dia boleh menanggungmu , anakku."

       Demi Allah aku tidak pernah mempersoalkan keputusan bonda malah aku berlapang dada menerima keputusan bonda lalu aku sampaikan pada dua insan yang aku kira penting dalam hidupku tatkala itu. Pertamanya aku sampaikan pada lelaki yang sama menuntut denganku.


"Maaf, saya terpaksa mengecewakan awak untuk kali ini. Pilihan bonda dan ayahanda lah yang terbaik untuk saya buat masa ni."

       Tanpa aku sedari, aku telah menyakiti hatinya. Deraian airmata mengalir tatkala saat itu. Masih segar dalam ingatan ini, dia menangis di hadapanku meminta aku memikirkan sekali lagi dengan keputusan itu, namun aku yakin keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapaku.. Seterusnya aku mengkhabarkan berita itu kepada insan yang terlebih dahulu mengenali diriku sebelum sahabatku tadi. Alhamdulilah meskipun hanya berhubung melalui telefon, dari suaranya dapat aku rasakan betapa gembira dan syukur yang tidak terkira. Saat aku menerimanya tanpa sebarang syarat. Saat seterusnya apabila mengikat tali pertunangan. Tiada majlis indah, tiada madah indah. Dia melamarku di hadapan ayahanda pada awal pagi lebih kurang 3 pagi.

   "Pakcik, saya suka anak pakcik. Saya nak kahwin dengan anak pakcik."

        Satu ungkapan keramat yang aku sendiri tidak menyangka. Betapa dia menginginkan aku menjadi bidadari syurga untuknya. Tegamam ayahanda saat itu termasuk bonda yang berada di dapur apatah lagi aku. Alhamdulillah abi sambut niat baik dia dengan cara yang baik. 

"Kalau betul nak.. kita buat dengan cara yang sepatutnya."

Tak lama selepas itu, kami bersama-sama membuat perangan perkahwinan. Dari menetapkan tarikh perkahwinan, kad, baju, pelamin dan lain-lain sehingga segalanya berjalan dengan lancar pada awalnya. Namun dalam hati ini, masih belum aku menempatkan dia di tempat yang khas iaitu untuk 'suamiku' belum tibanya bahkan dia juga menyedari yang aku belum cukup kuat untuk mencintainya.

"Awak, awak kena tahu satu hal. Saya tak pernah mecintai awak apatah lagi menyayangi awak. Berkahwinnya kita adalah disebabkan keredhaan ibu bapa saya terhadap awak. Meskipun saya belum mencintai awak buat masa ni tapi setelah termetrainya lafaz sakinah. InsyaAllah awaklah yang akan sentiasa bermain di hati dan minda saya."
      "Ada saya kisah? Saya tak minta awak sayang apatah lagi mencintai saya, Mira. Cukuplah kasih sayang saya untuk membahagiakan awak. Cuma bagi peluang pada saya untuk mencintai awak sehinggakan awak rasa bahagia dengan cinta saya pada awak." ujarnya.

Subhanallah, terima kasih awak. Namun kusangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Aku diuji dan kali ini ku kira ujian yang lebih berat dari dahulu. Disebabkan musibah dan ujian yang Allah hadirkan ke atas aku, dia dan juga seluruh ahli keluargaku.. Perkahwinan itu dibatalkan. Saat itu aku sedang berpratikum, keadaan sangat tegang tatkala itu. Aku tersepit.. antara ibu bapa.. aku cuba memahami keadaannya tapi aku juga harus mendahulukan ibu bapaku. Desakan semi desakan. Asakan demi asakan aku terima. Akhirnya aku tewas.. Aku kembali bersujud padaMU ya Rabbi. Minta belas ehsan dari-NYA. Sudah lama aku tidak menghubungi keluargaku di kampung kerana tidak ingin berhadapan dengan masalah ini. Suatu ketika tiba panggilan dari bonda.

"Sayang, Macam mana? Jadi ke kahwin.. Semua dah tersedia. Cuba bawak berbincang dengan dia."

      Saat itu hanya juraian airmata membasahi pipi. Sudah tidak tertanggung rasanya. Perit tak terkira. "Ibu.. ibu (menangis). Sungguh anakmu ini sudah tidak tertahan. Ibu, sungguh anakanda malu untuk meminta dia berkahwin dengan anakanda lagi. Sunggu anakanda juga mempunyai maruah. Sebelum ini dia juga yang meminta anakanda mengahwininya ibu.. anakanda mohon ampun jika anakanda sudah memalukan keluarga. Sungguh tidak pernah anakanda menyangka ini yang akan terjadi. Maaf ibu!"
                Dari jauh, aku dengar suara tangisan ibu. "Kalau begitu katamu, nanti akan ibu sampaikan pada abi." Hanya itu sahaja dialog yang mengakhiri perbualan kami. Sehari kemudian, aku menghubungi abi. Meskipun aku tidak sanggup berhadapan dengan abi namun aku gagahi jua. Atas nasihat sahabat baikku, meminta aku berbincang dengan satu-satunya waliku.

Aku   : Assalammualaikum abi. Abi sihat?
Abi    : Erm walaikumusalam. Alhamdulillah. Anak abi ni macam mna?
Aku   : Alhamdulilah ana sihat abi. (Sebak hanya Allah tahu)
Abi    : Pasal semalam, umi dah bagitau abi..
Aku   : Hm, jadi apa pandangan abi?
Abi    : Sayang, sunggu abi amat menyayangimu. Meskipun tidak selalu sayang abi hubungi tapi ketahuilah abi
           selalu mendapatkan perkhabaranmu melalui umi dan adik-adik. Abi tidak menghubungimu bukan
           kerana abi tidak ingat. Tapi abi tak kuat. Abi tak kuat bila mendengar suaramu sayang kerana abi    
           sungguh mencintaimu anakku. Sunggup abi tak sanggup mendengar esakan tangisan mu apatah lagi
           melihat tangisanmu anakku.
Aku   : Subhanallah, Abi ! (Menangis)
Abi    : Aku tetap di sini anakku. Aku adalah walimu. Tidak ingin aku melihat kau terluka. Mulai saat ini, kau
           fokus dahulu dengan pengajianmu itu. Ingat janjimu. Tentangnya, ingat pesan abi.. Jangan sesekali
           menyalahkan "dia". Anggaplah ujian ke atas mu. Sesungguhnya abi telah meredhaimu..
Aku   : Abi ! Allahurabbi, abi.. Maafkan ana abi. Maafkan ana memalukan keluarga. Sungguh ana tidak tahu
           ini akan terjadi.

        Begitu aku mengakhiri perbualan dengan abi. Jauh di sudut hati aku tidak pernah menyalahi dia. Kerana aku sesekali tidak akan meletakkan dia dalam hati ini. Sungguh aku tidak pernah. Aku menangis bukan kerana aku sedih akan pengakhiran cerita hidupku. Aku menangis kerana telah menyakiti kedua ibu bapaku.

Pesananku buat sahabat di luar sana. Jodoh itu sulit untuk diungkapkan. Diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan hingga membuatkan hati ini begitu keras dan sukar untuk mencintai mana-mana lelaki. Maaf jika aku yang engkau dambakan sebagai bidadarimu, Aku tidak mampu menunaikan permintaan itu di atas apa yang berlaku dalam hidupku. Namun bila tiba masa dan ketikanya. Ku percaya akan datang seorang mujahid yang mampu membawa aku bersama-sama meniti titian ke jannah kelak. Tetapi untuk saat itu, aku hanya mampu  mengasihi diriku, mengasihi insan yang mencintaiku dengan cara aku sendiri. Menolak lamaran kalian bukan bererti aku menyalahkan kalian dan menghukum kaum kalian tetapi aku mencari nilai hidupku dgn cara aku tersendiri. Tidak acuhkan kata-kata mu bukan bermakna aku membenci kalia tetapi aku benci dengan kekurangan dan kekhilafan aku sendiri yang tidak mampu tampil sempurna di hadapan penciptaku yakni penciptamu juga. Aku gagal dalam menjadi khalifah, jadi mana mungkin aku mampu menjadi sempurna di hadapan imamku.

*Bersambung*

Duhai insan yang mencintaiku, kini tahulah kalian mengapakan aku sering menolak ajakan kalian untuk mendirikan masjid? Bukan kerana aku memilih akan rupa parasmu apatah lagi kekayaan duniamu. Tapi aku mempunyai sejarah silam yang tidak bisa aku jelaskan. Aku pernah bertunang, pernah juga hampir mendirikan rumahtangga. Aku dikecam, diuji dengan dugaan seperti ini.. Sungguh itu bukan salah kalian, justeru aku memohon pada Allah S.W.T agar melembutkan hatiku ini. Membuka hatiku untuk seorang lelaki yang bakal memimpin tanganku kelak untuk bersama-sama ke syurga Allah nanti.


    "Ya Rabbi, jangan kau hukum kaum adam yang lain di atas ujian yang kau timpakan ke atas diriuku, sesungguhnya mereka tidak harus dipertanggungjawabkan atas musibah yang menimpa atas diriku."

Ku sujud sepertiga malamku, ku bermunajat pada sang penciptaku. Bermohon agar akan ada seorang mujahid yakni seorang lelaki yang benar-benar merelakan aku, meredhai aku apa adanya aku. Bukan kerana rupa parasku semata-mata tapi lebih daripada itu. Cintailah aku atas sebab siapa aku dan bukan kerana rupaku. Sekian..


Tulus Ikhlas,
Wirdatul Syamira..







Old things | New things