Royal Black
Say something here.
*replace this with your text *
Tagboard code here



Skin by Ayien
Cute favicon byBabydoll
Blog owner: ______

Pesanan Cikgu Mira!
Thursday, 11 October 2012 | 00:05 | 0 comments
Asalammualaikum darls.

Haha, hari ni dekat sekolah aku act takde kelas tmbhn pun. Tapi kita org saje-saje je dtg buat study group. Cet, study group lah sangat kennn! Mcm mana nak study klo si Adlil Senget tuh asyik dengan ngntok dia je. Lagisatu Si Syaza Mok asyik sibok dgn phone pastu date with Abang dia. Aku jelah yang rajin buat note Bio sorg-sorg. *Pewasan*
         Buat nota punya buat nota akhirnya otak aku terasa mcm dah full. *Tutup Buku* Nampak cikgu Mira. Apa lagi kan. Lepak lah dengan cikgu. Memandangkan cikgu Mira ni beza umur dia lebih kurang 7 tahun je dgn kita org tapi sekurang-kurangnya aku boleh masuk dengan dia. Perangai aku nie kan mcm masuk air sikit so boleh lah go on dgn cikgu Mira. Hehehewww >.<
     Macam-macam yang aku borakkan dengan Cikgu Mira. Salah satunya pasal perempuan yang menutup aurat dengan perempuan yang tidak menutup aurat. Cikgu Mira cakap :

" Bila perempuan yang menutup aurat ni orang pandang mcm tidak menawan tetapi sebenarnya dialah yang paling lawa, cantik dan terseksi daripada perempuan yang membuka auratnya. Ini sebabnya aurat dia hanya terhad untuk suami dan orang yang halal sahaja. Melainkan orang yang tidak menutup aurat, kecantikan dia akan berkurangan sebab orang ramai dah melihat luar serta dalam dia. "

             Jadi sekarang kita sebagai perempuan dah tahu benefitnya memakai tudung. Lepastu aku tanya pulak dekat cikgu Mira macam mana kita nak tahu cantik yang semula jadi pada seseorang tu? Then, cikgu cakap :

"Ada tiga waktu yang boleh menampakkan seseorang wanita itu betul-betul cantik tanpa sebarang make-up iaitu muka dia selepas bangun drpd tidur, kedua waktu dia berkahwin dan bersanding dan yang terakhir sekali ketika dia mengandung. Kalau kamu tengok perempuan tu cantik selepas dia bangun drpd tidur itu maknanya wajah dia mmg cantik dan cantik itu datangnya daripada Allah"

           So, baru aku tahu macam tu rupanya nak tengok kecantikan semula jadi seseorang wanita. Last sekali aku pulak tanya cikgu. Cikgu macam mana ye kalau kita dah maafkan seseorang yang pernah menyakitkan hati kita itu tapi kita tak boleh lupa apa yang dia buat dekat kita? Itu lebih kurang membenci ke?

"Sebab itulah kita sebagai manusia yang hidup bermasyarakat ni kene sedia dan sudi menerima maaf daripada orang. Ingat! Maaf tu lebih baik daripada melupakan. Bila kita maafkan seseorang tu hidup kita akan rasa tenang tau. Daripada kita membenci? Apapun kita tak dapat. Hidup kita akan rasa tak tenteram adalah. Allah tidak suka tau sesiapa yang tidak sudi memaafkan orang lain biarpun memohon ampun. Nampak sangat yang kita bongkak. Bongkak pada manusia, bongkak pada Allah SWT"

Jadi sedikit sebanyak aku dapat ilmu daripada Cikgu Mira. Aku cakap dengan cikgu Mira yang nnti lps habis SPM aku nak follow dia balik Terengganu lepastu ikut dia g Kelantan pulak. Rumah Cikgu Yati. Then boleh singgah rumah pok long kat Bachok. Ngehngehngeh! Much love, Nurul Hayati too you. Bye Asalammualaikum :*


Old things | New things